<body>
Mainan tradisonal Melayu ! :)
Thursday, July 15, 2010

Kelas saya telah mempelajari tentang mainan tradisonal Melayu . Kami sekelas dapat mencuba bermain dengan permainan seperti , batu seremban , gasing , capteh dan sebagainya .



Pada pertama kali saya mencuba bermain batu seremban , saya berasa amat keliru kerana tidak biasa main permainan ini . Namun , setelah mencuba untuk beberapa kali berturut-turut , saya dapat bermain dengan baik . Amat seronok rasanya bermain batu seremban bersama rakan-rakan !




Selapas bermain batu seremban , kami mencuba bermain gasing . Amat unik bentuk gasing . Pada mulanya , hanya ada seorang murid di kelas saya yang mahir bermain gasing . Kami mempelajari bagaimana untuk bermain gasing darinya . Amat sereonok melihat gasing itu berpusing dengan amat laju sekali . Kami sekelas berasa amat gembira .




Guru kami juga membawa capteh dan bola sepak takraw untuk kami bermain . Namun sayangnya , murid-murid perempuan tidak dapat mencuba kerana kami sedang memakai kain bukan seluar . Saya ingin sekali mencuba bermain dengan capteh dan sepak takraw .










Sampai disini sahaja masukan buat hari ini . semoga kita berjumpa lagi :)




























Profil


Nisa ;DD
Blog ini untuk pertandingan bulan bahasa ^^ Saya seorang yang ceria ! Gembira selalu :DD