Budaya Melayu . Ramai yang menyangkakan bahawa budaya ini kurang bergaya. Terutama sekali para remaja. Namun ia tidak bermakna bahawa budaya akn pupus di kalangan remaja sama sekali. Pada masa kini, sekolah-sekolah juga sedang cuba mendekati para belia dengan budaya. Saya rasa bahawa cara-cara yang dilakukan pihak sekolah, seperti mengadakan kelas-kelas budaya, menyambut hari-hari istimewa dan berdarma wisata ke luar negara juga dapat membantu memupuk minat di kalangan remaja.
