<body>
Bergotong-royong :)
Thursday, July 29, 2010

Bergotong-royong bermaksud membuat sesuatu kerja secara bersama-sama . Dengan tolong-menolong dan bantu-membantu . Ianya telah menjadi amalan masyarakat Melayu sejak berabad yang lalu . Ini terutama masyarakat Melayu di kampung . Namun ia berbeza sedikit di bandar kerana orang selalunya sibuk dengan kerja dan macam-macam lagi .

Amalan bergotong-royomg selalunya diadakan di
majlis perkahwinan , kenduri , membuat rumah dan macam-macam lagi .

Amalan bergotong-royong boleh mengeratkan lagi pertalian masyarakat itu . Mereka akan menjadi lebih rapat apabila bergotong-royong . Pada pendapat saya , amalan ini amat penting karana ia boleh menolong sesuatu masyarakat itu menjadi lebih rapat . Ia boleh memupuk sikap suka membantu dalam diri seseorang . Dengan sikap ini , seseorang itu boleh disukai ramai kerana dia selalu membantu .

Sampai di sini sahaja masukan buat hari ini . (:


Profil


Nisa ;DD
Blog ini untuk pertandingan bulan bahasa ^^ Saya seorang yang ceria ! Gembira selalu :DD